Pages

Wednesday 16 November 2011

Masuk sem 2 di UPSI

assalamualaikum.. ding dong..
pejam celik pejam celik dah hbis satu sem saya kat UPSI..
skg ngah honeymoon cuti seminggu baru pas hbis final exam mgu lepas...
tgu result la nih toing3
lagi 3 bulan mengharungi alam study pastu g praktikum...
ap-apa pun dalam debar tgu result nie 
kena wat azam baru cewahhhh 
hihihi....poyo jek hehehehehe...
k guys ap2 pun gud luck yer kawan2 and saya jugak...chill (@,@)V 


Wednesday 26 October 2011

Cemburu...bagus ke tidak???

assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2
ap khabar blogger2 sekalian??
lama tak update blog kesayangan...
setelah difikir-fikirkan entry pada kali ini ialah CEMBURU
cemburu...hurmmmmmm semua orang pun ada cemburu..
tapi bergantunglah samada cemburu tu tinggi@teruk@positif samada kurang@tak teruk@negatif..
cemburu dalam bercinta, cemburu dengan saudara, cemburu dengan rakan, atau cemburu dengan sape2 je
tetapi slunya cemburu / jeles ni org akan kaitkan dengan bercintalah kan hehehehe...
saya?? ad jugak cemburu gan bf saya tapi rasanya tak teruk kot hihihi (perasan)
sebab? tak citer la wat malu jer hihihii....
tapi ap yang saya nak nasihatkan kalau korang bercinta dikalangan calssmate ataupun tmpat kerja
jangan aaa melampau2 sgt samapai tak leh tgk pasangan korang bercakap dengan orang lain.....
dengan sifat korang yang terlalu cemburu tu akan membuatkan orang lain "menyampah" la dengan korang
yer la kita nak cakap menda2 bese jer kot...tau la korang dah booking org tu hehehheheee....
okey.. dari segi kawan2 plak...rasanya tak slaah kan kalau kita cemburu positif iaitu cemburu dengan rakan2 kita yang berjaya means that kalau la rakan kita tu pointer dia tinggi tak salah kan klu kita nak compete study sungguh2 ni namanya bersaing secara sihat...and dalam business lak, saya suka tengok kaum cina bila berbisnes diorang berpakat n sepakat membawa berkat hehehe...tak payah la nak guna santau2 ni nak menjatuhkan bisnes orang lain......
okey....bawah ni ada la beberapa pic yang diambil kat google image...bukan pic saya yer heheheheh
ok lah...sehingga berjumpa lagi papaiiii....























Saturday 15 October 2011

e-day best friend & wedding classmate (8.10 & 9.10)

haiii alll...
lama tak update blog nie...
cam ner cihat ker?
sy ok jer...still berusaha nak reduce weight huhuuuu...
ok entry kali ni nak citer sal e-day best friend sy & wedding classmate..
dua2 ni org yang berbeza...
e-day atau engagement day best friend ni dia kawan sy dari sy diploma uitm penang n degree uitm shah alam..
dah tunang dah sgt2 cantik si azreen pada hari bahagia dia tu...
and wedding lak kat putrajaya..yang kawen ni classmate sya..dia pun cantik jugak macam puteri raja heheheh..al-maklumlah  dah jadik raja sehari kan...
k bawah ni ada pic2 masa hari kejadian.. turquoise unuk e-day (8hb10,2011) , while putih untuk wedding reception..(9hb10,2011)
k itu shj untuk kali nie...daaaa...jumpa lagi =)



geng2 food service dip+degree at diy's wedding
           
Pengantin: Diyana & Hadi (sepadan kan?)
sy n kawan2 dip & degree food service



K, saya doakan kawan2 saya temui kebahagiaan sejati didunia dan mendapat keredhaan Allah swt...amin ya rabbal alamin~xoxo~


























































Thursday 29 September 2011

Ilmu Kebombaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
apa khabar semua...hope chat2 slalu..
ok pada kali ni entry sy adalah berkenaan dgn ilmu kebombaan ok...
ok hari ni group besar saya buat aktiviti seminar di balai bomba..
sesi pertama : pengenalan kepada jentera bomba.
sesi kedua: seminar tentang bahaya nya kebakaran
sesi ketiga : demonstrasi kebakaran
yang tak puasnya dekat jentera bomba nak kenal alat2 dalam jentera masa sgt pack
jadi kami dapat tgk sket jer... tp sgt best lahhh staff2 sgt ramah dan membantu bila menjawab soalan..
walaupun balai bomba tanjung malim ni kecik sket tp ok la...
ok ap2 hal pun terima kasih pada peserta DPLI 2011/2012 & pihak bomba tanjung malim
ok, bawah ni saya masukkan gambar2 yang sempat disnapkan masa kat seminar bomba..
k, tqvm sudi membaca entry pada kali ini bubye... 



                               kalau korang nak tahu ni la alat memotong keta bila remuk dalam accident





   
peserta2 dalam seminar bomba


 demonstrasi memadam api


Organizer Bomba

Sunday 25 September 2011

kursus pra perkahwinan

assalamualaikum...haii blogger2 sekalian 
apa khabar?? ni baru la free nak update blog kesayangan saya nih..kuang3 
okey..untuk entry pada kali ni sy nak sentuh tentang kursus perkahwinan 
yang sudah ada niat nak kahwin tu, awak dah g ker kursus perkahwinan??
saya baru jer attend, pada 24-25hb september 2011...baru balik la nie kiranya..
sape yang tak gi lagi tu cepat2 la gi k..ad gak desas desus yang mengatakan nak naik harga huhuhuhu 
yang sy g ni anjuran baituz zahra di tanjung malim..bayaran rm80 shaja. byk input2 yang berguna yang kita dapat..ni sy sertakan slot yang ad pada dua hari ni: akidah, ibadah, akhlak, perkahwinan dan prosedur, hubungan dalam keluarga, peng kewangan & masa, komunikasi suami isteri, peng stress, peng kesihatan, talak & fasakh. ..akhir sekali, ada ujian kefahaman..fuhhhh lega lulus gak heheh markah 39/40.ok la tu kan?? heheheh alhamdulillah..kalau tak lulus, tak dapat sijil woooo..rugi rm80..ap yang penting dah lepas dah bahagian kursus kahwin ni..untuk info korang, skg nak kahwin wajib ada sijil kursus kahwin...ap yang saya dapat rumuskan ialah kursus ni sgt2 berguna untuk kita mempersiapkan diri untuk melangkah ke gerbang perkahwinan..k, untuk pembaca yang berada di sekitar slim river & tanjung malim atau hulu selangor kalau berminat nak attend kursus nie sila click SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut..
k, sekian wassalam 

Wednesday 21 September 2011

Teratak Riverview, Perak

assalamualikum..hai3...
dah dekat 5 hari menghilang kan diri dai dunia blog..
bukan apa, saya bz sket huhuhu...sibuk gan program bina insan guru dari 17-22hb 9.
dalam program nie, kami program DPLI dibahagikan kepada 2 group besar.
group 1 akan ke camping di teratak riverview dulu, manakala group 2 ada motivasi kat dewan. 
sy termasuk dalam group 1.. camping di teratak river view selama 3 hari 2 malam..
aktiviti kami adalah latihan dalam kumpulan (LDK) , tubing, water confidence, flying fox, night walking.
dalam LDK ni menguji kerjasama dan strategi dlm kumpulan. aktiviti termasuk la masuk dalam lumpur, balloon train,trademark kumpulan dan games. while tubing dan water confidence lak dalam air sungai bernam. Flying fox lak tinggi woo..mula2 tak yakin gak leh lepas tp sy lawan rasa takut tu huhuhuuu..night walking lagi la tak leh blah..nape ek? ye la jalan dalam utan sorang2 di uji nak tgk penakut ke ta, pastu fasi3 ad gak yg jadik hantu la macam2 huhuhuhu takut gak tapi wat bodo jer huhuhuu..
komen sy: sgt2 best adik2 fakulti sains sukan ni buat
sgt professional hehehehee
sila SINI untuk info dan gambar2 teratak river view (kalau berminat untuk aktiviti rekreasi)
thanks sudi membaca entry kali ni...bye3
'


Friday 16 September 2011

kOlestroL

assalamualaikum & apa khabar semua???
salam satu Malaysia..
bertemu lagi di halaman blog saya nie..
entry pada kali ini ialah kolestrol...
kolestrol?? apa tu tu kolestrol???
pernah dengar tak ??? mesti la pernah kan cuma terpulang pada kita macam mana kita ambil kisah tentang kolestrol..
okey..mari kita tgk definisi kolestrol dan tentang kolestrol..

Definisi

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.


Sumber kolestrol:
  • daging 
  • ayam 
  • ikan 
  • sumber tenusu
Terdapat dua jenis kolestrol iaitu:
  • Kolestrol Baik -kolesterol HDL 
  • Kolesterol Jahat- kolestrol LDL (terhasil dari metabolisme VLDL aliran dalam darah)
Cara nak kurangkan kolestrol & lemak : 

Pilihan Makanan
  1. Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.
  2. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
  3. Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.
  4. Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya
  5. Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.
  6. Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan.
  7. Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)

Penyediaan Makanan
  1. Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum dimasak.
  2. Kurangkan minyak semasa memasak.
  3. Bakar, kukus atau rebus makanan.
  4. Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan.
Selain daripada pemakanan diatas kita harus bersenam seperti berjoging, berjalan kaki..dan ikut suka anda apa yang anda suka nak buat untuk bersenam..hihihi kalau saya, saya pilih berjalan + berjoging...hurmmm first time check tahap kolestrol tinggi huhuhu 6.82 ..

P/S: Tahukah anda bila kita mempunyai kandungan kolestrol LDL yang lebih tinggi daripada kolestrol HDL yang lebih tinggi kita terdedah dengan serangan jantung...wawawa..mak sy tak mahu dapat sakit jantung =( 

Jadi marilah bersama2 untuk menjaga kesihatan diri..








Tuesday 13 September 2011

oH berat badan!!

haaiiii kawan2..
ni ada al kisah yang sy nak tulis huhuhu
mgkin agak lambat lah nak mencoret di sini...
hurmmmm kali ni nak sentuh pasal berat badan..
balik raya ari tu...ramai yang tegur sy berisi..baru dua bulan kot dok kat tanjung malim (TM).
tp dah berisi..wawawawa tambah adik bongsu sy yang tego "kakak why you look so fat?"
huhuhu..ap perasaan anda? sebenarnya ini mungkin berkait rapat dengan tabiat pemakanan & tak bersenam.pas graduate dr uitm shah alam setahun yg lepas sampai la sy keje mcD dah setahun jugak la sy tgal kan amalan bersenam..dulu tgal kat seksyen 7 rajin jugak la joging kat tasik tu..tp bila balik penang hampehh...byk joging atas katil je...skg kat upsi lak masa lepas mendaftar bulan 7,2011..sy byk gak makan nasik bertambah makan malam pun bertambah gak la..sama la sahur masa puasa hari tu..so b4 datang TM berat sy ialah 55kg tp masa raya timbang 57.8kg patut la bf sy tegur dah gemuk huhuhu...
so skg start semalam sy berazam nak bersenam,dah start dah semlam petang joging+jalan kaki kat tasek embayu proton city 3 round jugak la..pg tadi dah bgun lewat so joging 1 round jer..ye la dah la sorg2 pepuan hihihiii... jadi azam sy nak kurangkan berat badan lah...boleh ker? target 50kg insyaAllah...tak yakin pun ada gak...tp yg penting jgn putus asa dan untuk kesihatan diri..
sy nak disiplin kan diri dgn: 
  • jogging sekurang2nya 3kali seminggu
  • tak makan malam hya minum nestum or milo (wlupun housemate dok tya nak makn ke tak)
harap2 gan cara ni sy berjaya capai target amin..

k, itu shj untuk entry kali ini...bubye....


+

Sunday 11 September 2011

program 3x (extreme, explore, experience)

haiiii suma assalamualaikum..
bertemu kembali...
apa khabar??? hurmmm seperti yang dijanjikan 
sy akan menceritakan program yg dianjurkan oleh sy dan dua lg kwn sy iaitu ct dan yus..
program kami start pada jam 9pg setelah semua rakan2 course mate kiteorg sampai dengan bus upsi kat sg bil..
bus tak dapat masuk sebba jalan sempit..jadi diorg terpaksa la jalan kaki huhuuh...pihak organizer cuma ad dua keta shj so kiteorg bergilir2 amik diorg klu tak semput lah bila sampai hahhahahaa...
ok, aktiviti kami pada hari sabtu 10hb9 2011 ialah senaman pagi, egg surival, pasang khemah dan membuat logo kumpulan berdasarkan alam sekitar..memg kelakar dan bakal2 cikgu nie bersemngat nak amik tmpat masing2 hahhaa...belum hbis ckp lagi dah kalut nak amik tmpat kikikiki...emmm diorg diberi paper, mancis dan sudu untuk egg survival heheheh sebab nak suh bako pun tanah lembap daun2 pun lembap cian diorg kikikiki...ap yang penting melalui aktiviti ni dapat memupuk semangat kerjasama dan mengerat kan silaturahim sesama insan...yg sy rasa bila organize event: penat geler wakakakaka rasanya macam tu la kot esok2 klu dah pgang kokuikulum kat sekolah hehehehe
k di bawah ad beberapa gambo yang di snap semasa aktiviti dijalankan ...k sekian terima kasih 



  

bz sy carik kertas2 yang dah dibuat kikiki



nak wat banting, tp kedai cetak kat TM nie dah terkena virus 
so jadik size A3 aje huhu



 khemah2 yang didirikan oleh peserta


memg khemah pepuan betul la hehehhe



tiup api nak bg hidup masak telur 



borang penilaian markah


sy dan group yg menang tmpat pertama yippi 








































Friday 9 September 2011

Dupp Dappp Duppp Dapp Berdebar Rasa Hatiku

Dupp daappp dupp dappp berdebar2 rasa nya..
nape??? mesti korg tertanya2 kan??? nak kawen ker????
hihihi (gatai)..jawapan: tak lah hahaaha
jadi nape berdebar2???
sebab hari yg dinanti2 akan tiba..hari yg sy dan ahli group organize event
event yg dirancang akan dibuat pd 10hb september 2011 bertempat di sungai bil,slim river perak.
sebenarnya event ni contribute agak "BESAU" gak la pecahan markah bg subjek pengelolaan kokurikulum..
sy harap sgt hari tu tak ujan waktu pg amin..sebab outdoor aktiviti nak postpone pun susah sebab ada byk menda lagi menanti di hadapan...
jadik rakan2 blogger yg tersayang...doa2kan sy dan group sy eh supaya event kiteorg dapat berjalan seperti yg di rancang..amin insyaAllah

k lah, sampai sini dulu coretan pd kali ini...insyaAllah next entry tentang event kiteorg..k.out...:)

Tuesday 6 September 2011

Penyakit Diabetes Pembunuh????

hai kawan2 bertemu kembali...

setelah lama menghilangkan diri..hehhehe
 faktor : raya datang lagi, asingment belambak..
so skg curik2 masa nak update blog kesayangan sy nih...
nak tya korg masa raya mesti korang makan byk kan? 
especially makanan2 manis seperti kek, coklat, kuih raya air manis and so on kan..
so entry kali ini berkaitan dengan penyakit diabetes...ap diabetes???? 
tentu korang familiar kan? 
tapi adakah korang menjaga pemakanan korg??? ok lah di bawah ini ada info sikit tentang penyakit diabetes pembunuh ni kuang3...

maksud diabetes:

penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus )merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Tanda-tanda awal penyakit ini: 


Gejala awal (umum) diabtes mellitus adalah:
  • Mudah lapar.
  • Mudah haus.
  • Sering kencing.
Bila Anda mengalami gejala tersebut sebaiknya Anda melakukan pemeriksaan untuk menentukan apakah Anda menderita kencing manis atau tidak.

Pemeriksaan Doktor.Pemeriksaan yang dilakukan terdiri dari:
  • Gula darah sewaktu
Apabila lebih dari 200 mg/dl, bererti Anda menderita sakit kencing manis.
  • Pemeriksaan TTGO (Test toleransi glukosa)
Untuk TTGO, Anda perlu mendapatkan nasihat  langsung dengan doktor pakar penyakit dalam.
  • HbA1c.
Bila lebih dari 7, bererti Anda menderita DM ini.


so rakan2 alam maya yang dikashi sekalian, sudah kah anda membuat pemeriksaan test tolenrasi glukosa? 
saya sudah buat hari ni huhuuu..result? di tahap perlu berjaga2 sebab puasa 5.9 paras glukosa, 5.3 pulak pas makan 2 jam. jadi skg insaf diri menjaga pemakanan cewahhhhh hihihiii...

ap yang perlu anda BUAT: 


Perubahan Cara Hidup (PENTING NI!!!!)

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.


Jadi marilah kita bersama2 menjaga kesihatan diri ! 
k sekian sahaja entry pada kali ini....chaloo mera bete....adios amigos



















Monday 15 August 2011

"Beruk" karya Azizi Abdullah

            Assalamualaikum & Salam Ramdhan 15,

                Buat bakal-bakal2 guru atau guru atau sesiapa sahaja yang membaca entry kali ini, di sini saya nak share cerpen "BERUK" yang penuh dgn pengajaran. Cerpen ini sy tahu pun sebab buat asgmnt dari pensyarah sy. Diharapkan dengan cerpen ini, dapat memberi pengajaran buat kita...

Ok, take your time untuk baca...selamat membaca


Beruk!
Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.
Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya.
Semakin lama Cikgu Sunan memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Menggaru-garu betis yang basah dengan air embun. “Alias! Mari sini!” Cikgu Sunan memanggil murid yang datang lambat itu dengan bengis.
Murid yang bernama Alias itu bangun lambat-lambat, kemudian melangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia pasti akan menerima habuan. Dan kawan-kawan yang lain pun sudah menduga yang Alias akan menerima habuan. Begitu selalunya.
“Berdiri di situ!” perintah Cikgu Sunan sambil jari tunjuknya menunjuk ke tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Alias berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetap-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat.
Tapi kali ini dia bercadang, dia akan berterus terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Sunan.
“Mari dekat sini, Lias!” perintah Cikgu Sunan apabila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihentak ke kerusi. Murid  yang bernama Alias ini mendekat sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya.
Cikgu Sunan memerhati dari atas ke bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak darjah empat dulu lagi. Alias tidak berani memanggung kepala apabila Cikgu Sunan memerhatinya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluarnya yang lusuh itu.
“Kenapa kau datang lambat?” Akhirnya Cikgu Sunan bersuara. Alias tidak menjawab. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab sama ada rumahnya jauh atau aral yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.
“Hei beruk! Saya tanya kenapa kau datang lambat?” Cikgu Sunan hampir-hampir memekik.
Alias diam. Dia masih tunduk juga. Panggilan “beruk” kepadanya bukanlah sekali itu sahaja dan bukan sekadar cikgu Sunan seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan “beruk” sebab dia membela seekor beruk.
“Pandang sini!” sergah Cikgu Sunan sambil mengangkat dagu Alias dengan pembaris panjang. Alias memanggung kepala. “Saya tanya kepada kau datang lambat?”
Dengan suara tergagap-gagap bercampur takut, Alias menjawab, “Beruk… beruk saya putus rantai, cikgu!”.
“Haaa, kalau dah putus apa yang kau buat?”. Cikgu Sunan bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka kepada murid-muridnya.
“Saya cari, cikgu!”.
“Dah jumpa?”.
Alias angguk. Tersenyum.
“Sebab itu kau datang lambat?”
Angguk juga.
”Kau lebih pentingkan beruk daripada sekolah ya? Sebab tu kau pun macam beruk”. Cikgu Sunan berleter. Muka Alias dipandang dengan jijik.
“Saya sayangkan beruk saya cikgu. Dia kawan baik saya!” kata Alias dengan jujur.
Marah Cikgu Sunan naik meluap. Jawapan Alias itu sungguh menyakitkan hatinya. Dia menggaru-garu. Tubuh kurus Alias dipandangnya, bagai seekor semut.
“Kau nak main-mainkan saya, ya?” Cikgu Sunan menahan marah. Matanya bersinar-sinar.
“Tidak cikgu, saya…”
“Sudahlah!” Tiba-tiba Cikgu Sunan menempik, Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Alias. Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak mengangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah.       
Dengan langkah yang lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawan diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian kepadanya.
“Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!” Cikgu Sunan bersyarah kepada murid-muridnya yang lain. Murid-muridnya diam membisu. Sekali-sekala mereka berpaling melihat Alias yang malang itu. Tapi pada Alias macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air yang bertakung.
Tiga hari sesudah itu Alias tidak datang ke sekolah. Daripada desas desus murid-murid yang lain, Cikgu Sunan mendapat tahu Alias sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, dada Cikgu Sunan diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Dia terasa macam ada suatu dosa yang telah dilakukannya terhadap Alias.
Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya salah dari segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Alias telah ponteng bukan sekali dua. Apabila ditanya cuma beruknya saja yang menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi apabila dia mendapat tahu bahawa Alias berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia berasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Alias supaya belajar semula hingga tamat. Dia menyesal.
Tengah hari itu Cikgu Sunan tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus pergi ke rumah Alias yang terletak sejauh empat kilometer itu. Dia tidak memberitahu guru besar. Biarlah hal itu dia selesai sendiri.  
Untuk sampai ke rumah Alias, Cikgu Sunan terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri kanan  lorong itu banyak pokok “keman malu” dan senduduk. Berlopak-lopak. Tidak ada orang lalu-lalang.
Kampung tempat tinggal Alias sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Sunan, bahawa memang patut Alias tidak datang selalu ke sekolah. Kalau dia sendiri pun jadi Alias dia tentu tidak datang ke sekolah. Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidik lebih dulu. Akhirnya sampai juga Cikgu Sunan. Dia terpaksa menyeberangi sebatang titi melintasi sebuah parit yang selebar tiga meter.
Alias tidak ada. Berkali-kali Cikgu Sunan memanggil, tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Sunan naik. Cikgu Sunan menolak perlawaan itu, tapi berkali-kali pula orang tua itu menjemputnya. Akhirnya Cikgu Sunan mengalah apabila orang tua itu memberitahu yang dirinya lumpuh, tidak dapat turun.
Sekali lagi rasa sebak menyerang dada Cikgu Sunan. Rupa-rupanya kesulitan Alias berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu.
“Alias ke mana mak cik?” tanya Cikgu Sunan. 
“Entah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung”.
“Dia panjat pokok kelapa?”
“Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak mak cik lumpuh,” terang ibu Alias dengan hiba. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Alias. Dindingnya tembus di sana sini. Tidak ada apa yang boleh dinamakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.
“Dah lama mak cik lumpuh?” tanyanya. “Dah hampir setahun,” terang orang tua itu lagi. 
Cikgu Sunan yang duduk di muka pintu sahaja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Alias semakin tebal.
“Saya datang ni nak tau. Mengapa Alias tak ke sekolah lagi?”.
“Entahlah. Katanya dia tak sekolah lagi. Telinganya sakit”.
Cikgu Sunan termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung itu tiba-tiba dia melihat Alias pulang, beruknya di atas bahu. Alias membimbit dua biji kelapa.
“Haa, itu pun dia dah balik,” kata Cikgu Sunan dengan tersenyum. Orang tua itu menjengguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. Lebih daripada itu dia tidak terdaya. “Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapaknya meninggal,” kata orang tua itu dengan sedih.
Alias yang sudah hampir sampai ke rumahnya itu terhenti seketika apabila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu ialah Cikgu Sunan. Tapi apabila dia sudah pasti benar, segera dia melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan ke tanah dan dia terus meluru mendapatkan Cikgu Sunan. Dia senyum girang. Bersalam tangan.
Beruk yang ditinggalkannya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya, kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.
“Dia lama cikgu sampai ?” tanya Alias. 
“Baru sekejap,” jawab Cikgu Sunan.   
Keramahan Alias sungguh mengejut Cikgu Sunan. Beruk yang ditinggalkan oleh Alias di halaman rumahnya itu melompat-melompat dengan suara garang. Alias menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru kepada tuannya.
Cikgu Sunan terpandang telinga kanan Alias. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih. 
“Dekat sini Alias,” kata Cikgu Sunan dengan lembut.
Alias mendengar kata-kata itu berlainan sekali dengan perintahnya semasa sekolah. Kata-kata itu macam, kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Sunan.
“Senget sedikit kepala kau”. Cikgu Sunan berkata lagi. Alias menyengetkan kepalanya. Cikgu Sunan memegang kepala Alias dan menekannya sedikit untuk memastikan telinga Alias yang sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah-marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu menggigit tangan Cikgu Sunan. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya. 
Cikgu Sunan mengadu sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Suasana menjadi kelam-kabut. Alias menempik beberapa kali supaya beruk berlalu. Tapi tempiknya tidak diendahkan oleh beruknya. Beruk itu terus menyerang Cikgu Sunan. Demi untuk  menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa, lalu dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya.
Beruk yang garang itu menjadi lemah. Terlentang di atas lantai. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, mata hitamnya memandang kepada Alias dengan sayu. Kelopak mata yang berbulu itu tergenang air jernih. 
Alias terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Sunan menahan darah di lengannya dengan sapu tangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak lembing tadi.
Suasana sepi. Cikgu Sunan memandang Alias, Alias memandang beruknya bagai satu mimpi. Dan ibu tua itu memandang anaknya dengan satu tafsiran yang asing. 
Alias tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua itu tetap membisu. Dia tersedu-sedu.
“Terima kasih Alias.” Tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Sunan berkata. Darah di lengannya masih juga keluar.
“Cikgu sakitkah?” tanya Alias antara sedu-sedannya.
“Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Lias.” kata Cikgu Sunan, lalu turun dari rumah itu.
“Cikgu…”
“saya minta maaf’,” kata Alias sebaik saja Ckgu Sunan memijak tangga bawah.
“Tak apa…. tapi kau mau ke sekolah lagi?”
Alias duduk. Kaku. Sedih.
“Lebih baik kau ke sekolah, hingga darjah enam” Cikgu Sunan memberi nasihat.
“Saya tidak dapat ke sekolah lagi Cikgu.” Tiba-tiba Alias menjawab sayu.
“Kenapa?”
“Beruk… Saya mencari makan dengan beruk itu cikgu.”
Dada Cikgu Sunan bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Alias benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia tahu, bahawa beruk itu pada Alias merupakan tali perhubungan nyawanya selama ini. 
Dia melangkah pulang dengan dada yang sebak. Tapi Alias yang terpaku di ambang pintu lebih pilu lagi.
                                    Azizi Hj Abdullah
Dewan Bahasa, Disember 1970
 So macam mana? tersentuh kan k...tinggal kan comment anda tentang cerpen "Beruk" di atas...thanks sgt2 untuk membaca entry sy pada kali ini.TQVM =) chill kawan-kawan