Assalamualaikum & Salam Ramdhan 15,
Buat bakal-bakal2 guru atau guru atau sesiapa sahaja yang membaca entry kali ini, di sini saya nak share cerpen "BERUK" yang penuh dgn pengajaran. Cerpen ini sy tahu pun sebab buat asgmnt dari pensyarah sy. Diharapkan dengan cerpen ini, dapat memberi pengajaran buat kita...
Ok, take your time untuk baca...selamat membaca
“Sudahlah!” Tiba-tiba Cikgu Sunan menempik, Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Alias. Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak mengangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah.
Tengah hari itu Cikgu Sunan tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus pergi ke rumah Alias yang terletak sejauh empat kilometer itu. Dia tidak memberitahu guru besar. Biarlah hal itu dia selesai sendiri.
“Alias ke mana mak cik?” tanya Cikgu Sunan.
“Dah lama mak cik lumpuh?” tanyanya. “Dah hampir setahun,” terang orang tua itu lagi.
“Dia lama cikgu sampai ?” tanya Alias.
Cikgu Sunan terpandang telinga kanan Alias. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih. “Senget sedikit kepala kau”. Cikgu Sunan berkata lagi. Alias menyengetkan kepalanya. Cikgu Sunan memegang kepala Alias dan menekannya sedikit untuk memastikan telinga Alias yang sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah-marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu menggigit tangan Cikgu Sunan. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya. Beruk yang garang itu menjadi lemah. Terlentang di atas lantai. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, mata hitamnya memandang kepada Alias dengan sayu. Kelopak mata yang berbulu itu tergenang air jernih. Suasana sepi. Cikgu Sunan memandang Alias, Alias memandang beruknya bagai satu mimpi. Dan ibu tua itu memandang anaknya dengan satu tafsiran yang asing. Azizi Hj Abdullah